⚠️ The website is still under development phase. Please check back on November - Thank You.⚠️

leewaihong.com

Profil

Apa khabar semua? Nama saya Lee Wai Hong.

Pada tahun 1980, saya dilahirkan di Taman Ayer Panas, Setapak. Tidak lama kemudian, saya telah berpindah ke Taman Gembira di Jalan Klang Lama, di mana saya telah bermastautin sejak itu.

Sejak dari kecil lagi, saya amat menyukai nama taman perumahan ini, iaitu Taman Gembira ataupun Happy Garden. Seringkali, semasa memperkenalkan tempat tinggal mereka, penduduk di sini terasa mereka adalah lebih “gembira” duduk di sini. Sememangnya, perasaan gembira adalah terpenting dalam kehidupan kita.

Saya membesar dalam sebuah keluarga biasa. Lebih kurang 20 tahun dahulu, saya telah mengenali isteri saya . Kini, kami merupakan ibu-bapa kepada dua orang anak.

Semasa kecil, saya belajar di SJK (C) Confucian di Sungai Besi untuk pendidikan sekolah rendah selama enam tahun, dan kemudian di sekolah menengah SMK Taman Desa sebagai seorang remaja. Selepas tamat pengajian sekolah menengah, saya telah mengambil kursus teknologi maklumat (IT) di Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT). Selepas itu, saya telah menceburi bidang ini dalam kebanyakan hayat kerjaya saya. Pada masa ini, saya bekerja sendiri sebagai seorang jurutera laman web. Dalam 20 tahun yang lepas, saya telah membina sekurang-kurangnya 300 laman web untuk pelbagai syarikat dan persatuan.

Disebabkan oleh pengaruh dan bimbingan ayah saya, saya telah membesar di kalangan persatuan-persatuan Cina yang termasuk Persatuan Wui Leng yang berpandukan faktor geografi, Persatuan Lee Selangor dan Kuala Lumpur yang berpandukan jalinan persaudaraan, serta Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH), yang merupakan badan utama persatuan-persatuan Cina. Saya telah dididik dan banyak belajar di persatuan-persatuan tersebut.

Pada peringkat awal, Persatuan Wui Leng merupakan tempat utama di mana saya telah menimba pengalaman berkenaan pengurusan harta awam, pertolongan sesama saudara, perancangan acara dan sebagainya. Di samping itu, saya telah banyak belajar daripada pemimpin-pemimpin persatuan Cina mengenai cara-cara berurusan dengan orang lain.

Penyertaan dalam KLSCAH adalah perkara penting dalam hayat saya. Di sinilah saya membina kesedaran awal mengenai demokrasi, hak manusia, kedaulatan undang-undang serta politik. Pada tahun 2016, saya telah dilantik sebagai Presiden Pemuda KLSCAH yang ke-14.

Semasa pilihan raya umum ke-14, saya bersama dengan jawatankuasa telah mengadakan dana khalayak (crowdfunding) yang berjaya mengumpul dana melebihi RM200,000. Ia digunakan untuk membantu sekurang-kurangnya 2,000 pengundi balik ke kampung untuk mengundi. Selain itu, kempen “penghantaran undi dari jauh” yang diadakan seminggu sebelum pilihan raya turut menjadi tumpuan orang ramai.

Empat tahun kemudian, saya berpendapat kuat bahawa rakyat tidak harus bergantung kepada parti-parti politik semata-matanya demi hak politik kami. Wakil-wakil rakyat harus mengutamakan kepentingan pengundi, bukan kepentingan parti politik.

Sebelum ini, saya aktif dalam gerakan sosial dan terlibat dalam politik berasaskan kuasa masyarakat sivil. Kini, saya ingin bertanding dalam pilihanraya bagi membentuk politik yang saya impikan.

Oleh itu, saya ingin menyeru sokongan daripada anda agar kami boleh menang sekali lagi atas usaha diri kami sendiri!

Kenapa Undi Saya ?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
© Copyright 2022   All Rights Reserved. The Pre-Campaign Office for Lee Wai Hong
© Copyright 2022   All Rights Reserved. 
The Pre-Campaign Office for Lee Wai Hong