Saya tidak terikat dengan mana-mana parti mahupun sekutu politik. Jadi, setelah terpilih, saya mengajak anda semua untuk memantau/mengendalikan hal ehwal kawasan, termasuklah peruntukan kawasan, subsidi kerajaan dan lain-lain.
Kami akan memastikan pengagihan sumber masyarakat dijalankan secara adil dan telus, untuk memanfaatkan semua pengundi SEPUTEH.
Anda benci katak? Begitu juga dengan saya.
Setelah terpilih, saya akan mengajukan Akta Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat (Recall Election Act). Maka dengan itu, pengundi bukan sahaja memiliki hak untuk memberi mandat, tetapi juga hak untuk memecat wakil rakyat.
Hanya apabila pengundi diberi hak untuk memecat wakil rakyat, barulah wakil rakyat tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan manifesto mereka sewenang-wenangnya.
Masalah-masalah yang dihadapi warga Kuala Lumpur, misalnya banjir, ada kaitannya dengan jawatan Datuk Bandar yang tidak perlu bertanggungjawab secara langsung kepada warga kota.
Jawatan Datuk Bandar sepatutnya disandang oleh individu yang memiliki sokongan rakyat, agar keberkesanan pentadbiran kerajaan dipertingkatkan, dan budaya kebertanggungjawaban dipupuk.
Setelah terpilih, saya akan mengajukan agar pemilihan langsung jawatan Datuk Bandar diadakan, supaya warga kota mengundi calon yang disokongnya. Maka dengan itu, warga Kuala Lumpur memiliki kertas undi kedua, selain undi untuk memilih ahli parlimen.
Ramai yang berbakat dan berkemampuan, tetapi enggan melibatkan diri dalam politik dengan suasana politik kepartian sebegini.
Ini kerana penghalangnya besar.
Lantaran daripada itu, anda akan mendapati kualiti sesetengah ahli parlimen kita berada di bawah paras yang sepatutnya.
Malah anda mungkin mengeluh, bagaimana orang sebegini boleh jadi wakil kepada rakyat?
Andainya saya yang tidak berlatarbelakangkan parti politik terpilih,
ia bermakna rakyat jelata seperti anda dan saya,
akan berpeluang untuk kembali terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara.
Ia semestinya menggalakkan lebih ramai anak muda yang berbakat dan bercita-cita tinggi untuk berkecimpung dalam politik.
Lantas masa depan Malaysia akan menjadi lebih cerah.
Undi yang anda pangkah untuk saya, amat bermakna dalam pilihan raya umum ini.
Bersama-sama kita mengubah budaya politik Malaysia. Ini kalilah!
Dengan ikhlas, saya menjemput anda menyertai pasukan sukarelawan kempen pilihan raya saya.
Hulurkan tangan anda kepada saya,
Bersama kita menuju ke arah kemenangan.